EXAM
EXAM . bila kita bercakap fasal exam aje muka masing-masing blurr. berkerut. kecewa. penat. padahal bukan ada apa-apa sangat pun. *tapi,saya pun sama aje. selalu rasa tertekan kalau exam. there's a question. kenapa?
answer : "sebabnya, kau tak buat preparation awal-awal."
bak kata kak shira nord,
"kita ni bila nak periksa aje baca buku. bila tak periksa masing-masing tak layan pun buku tu. patutnya, kita ni belajar untuk cari ilmu, bukan untuk periksa."
dan juga kak yanie,
"kita ni susah sangat nak pegang buku ek? padahal tak adalah berat sangat. time exam aje boleh bawak buku tu, hulu hilir sambil baca, kalau tak hampeh. usik pun tak hingin."
and i admit with their statement. kenapa ek?
"sebab mindset pelajar memang begitu. ketika mereka merasa terancam (exam) mereka akan berusaha untuk keluar dari masalah itu. dan cara penyelasaiannya, ialah. belajar." this is what cikgu-cikgu selalu cakap.
tapi,overall, untuk form 2 ni, saya agak berpuas hati. PK 1 yang lepas,first time woo dapat 6a. even ada 1b & 1c but it's still okay. still can diperbetulkan. & untuk PK2 ni, my result so far baru dapat 2A. & i felt very excited plus dengan gumbira sebab first time dalam hidup & sejarah hidup ni, dapat ERT stands for A. wahh.. ibu dah pun mampu tersenyum. "haihh.. barulah boleh kawen kau macam ni,farra." hazirah respond macam tu. apallaaa.
lagi satu, sir muzaffar Shah, our GPK HEM selalu berpesan dan mungkin tak semua mendengar & jika mendengar pun, akan menganggap ianya sebagai satu bebelan yang menyusahkan, merimaskan. tapi, sebenarnya, setiap yang keluar daripada multnya merupakan satu idea, satu pengajaran dan nasihat yang terselit dan tersirat dalam setiap butir yang keluar dari mulutnya.
cara untuk belajar :
(tips dari cikgu Muzaffar Shah)
1. berniat.
"berniatlah kamu semua dengan niat yang baik-baik untuk belajar. bukan untuk bersuka ria, ketawa sini sana. bergembira itu boleh. kita ketawa untuk ceriakan hidup dan bukan hidup untuk ketawa. berniatlah untuk ke sekolah, mengaut seberapa banyak ilmu daripada cikgu. niat itu penting, seumpama ketika awak solat, niat itu adalah rukunnya. niat itu pelengkapnya, niat itu jugalah pengasasnya. jadi, praktikkanlah dari hari ini. berniatlah semata-mata kerana Allah."
2. Ikhlaskan hati.
"kita kena ikhlaskan hati kerana ianya umpama sebuah jalan. umpama jika kita ikhlas, maka luruslah jalan itu. dan jika kita enggan mengikhlaskan hati dan diri, maka berserabutlah jalan hidup itu."
3. berada di barisan hadapan.
"Ambillah tempat di hadapan sekali. tidak kiralah di sebuah seminar, di dalam kelas, di dewan peperiksaan mahupun di dalam surau. kerana orang yang berada di barisan hadapan selalunya akan mendapat restu dan redha atau lebih dikenali sebagai signakl signal daripada guru dengan lebih banyak berbanding orang yang mengambil tempat di belakang. Bayangkan, betapa masyarakat dan Umat Islam pada zaman dahulu menghormati dan bersungguh duduk sehingga bwgitu begitu hampir lutut nabi Muhammad semata-mata ingin mendapatkan ilmu. begitulah semangat mereka semua. Tetapi, kita? ada nak buat semua tu? renungkanlah."
4. berkat seseorang guru.
"Berkat dari seorang guru itu amat penting. Hormatilah dia sebagaimana kamu hormati ibu dan bapa kamu kerana beliau merupakan orang pemberi ilmu dan tidakah kamu fikir bahawa mereka (guru) telah membantu kamu semua dalam menjayakan sesuatu yang wajib (menuntut ilmu)"
5. perbanyakkan amalmu.
"Perbanyakkan amalmu kerana amal yang paling dicintai oleh Allah ialah amal yang berterusan."
Dan itulah beberapa perkara yang mungkin tidak cikgu lafazkan dalam sekali gus. namun, demi berperingkat. kadangkala, tersentuh juga bila dengar dan ingat semua ni balik.
"bilalah diri ni mampu menjadi seseorang yang cemerlang."
"jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kamu gapai tetapi jangan pula kamu berputus asa bila kamu tidak mampu untuk menggapai."
Dan cikgu Rosli,
"Seseorang yang cemerlang. bukan sahaja cemerlang dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. tetapi, ini. (jarinya dituju ke hati) nilai dan murninya hati kamu serta sahsiah diri kamu juga menentukan diri kamu sebagai seorang yang cemerlang ataupun tidak."
Bila direnung-renungkan balik. setiap apa yang pernah ckgu-cikgu kita ungkapkan, pasti ada sebab musababnya. bukan saja-saja mereka menuturkan sesuatu itu. Yang kadangkala kita endahkan. Kita ketawakan. Dan selalu kita menganggap sebagai sebuah bebelan.
P/S : WHEN YOU CANNOT BEING SUCH A PERFECT PERSON, just be yourself. it may become worth.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home