welcome to pemanis dua
makk! banyaknya baju nak kena basuh. thanks godness lahh yang mesin basuh rumah dah elok. kalau tak, mak aih.. =.=' . emm,, oh ye. gelombang banjir kali kedua ye.. alamak.. mari kita berdoa. tadah tangan cepat..
'Ya Allah.. Sesungguhnya kaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Bantulah kami dalam meniti arus takdir hidup ini Ya Allah. Selamatkanlah saudara seislam kami Ya Allah dari bencana yang mungkin bakal berlaku. Hanya padamu, kami memohon Ya Allah. janganlah kau timpakan bala terhadap kami Ya Allah. Amin amin ya rabbalalamin..'
semoga Allah perkenankan.
Actually, saya dan keluarga ke Pemanis kerana atas jemputan walimatulurus adik kepada cikgu Roziana. bukan saja-saja nak datang merayap tempat orang. nak jumpa kak bam :) HAHAHA.
ini pemandangan di pemanis :)
*sepanjang jalan just nampak ni jek =.='
beg lama sudah kembali :)
Ni pulak gambar bekas student ibu dulu. Alhamdulillah. dah kahwin dah pun kakak ni. :D semoga berbahgia, pengantin baru.
ha! cerita fasal bab kahwin-kahwin ni kan. tadi, i pergilah rumah atuk anis (actualy nenek, but i called her atok) then borak-borak fasal banjir gelombang kedualah, fasal pmr lah, fasal jepun lah.. well, you get the picture. then borak punya borak, tiba-tiba my grandma ni cakap,
" hari tu adalah kawan si anu bin polan datang tidur ke rumah."
i nodded. okeh? time tu aku tak dapat tangkap lagi.
"dia dengan boyprend ( that's should be boyfriend) dia. ada pulak diaorang peluk-peluk, gomel-gomel sesama sendiri. heisssh! geram atuk nengoknya.."
i get the picture.
"atuk tanyalah si anu bin polan tu bile boyprend dia dah balik."
Flashback start.
'hey awak. sekolah agama tak dulu?'
si 'dia' ni pun jawablah dengan bendul dan baik,
"sekolah, tuk. sampai darjah khas."
"haa! baguslah.. ni atuk nak tanya sikit ni.."
'adoiii!' aku jerit.
'binatang amendenya ni ha,mak oii..'
rupa-rupanya, kucing ni cakar seluar aku lahh.. atuk gelak jek. apa daa..kacau daun jek.
'oke oke, tuk. sambung balik flashback tadi.'
flashback.
"apa dia tuk?" si 'dia' ni bertanya.
"ni ha.. atuk nak tanya. kalau kita tersentuh babi, macam mana nak basuh?"
"guna air lah tuk. air campur tanah dengan air mutlak. kenapa tuk?"
"ohh.. camtu ye.. tak adalah.. ni atuk nak tanya lagi."
"apa dia?"
"kalau air boleh menyucikan najis berat seperti babi tu tadikan, agaknyalah..macam mana nak sucikan diri kita kerana memegang yang bukan muhrim? atuk ni orang tak pandai, tu nak menanya awak, orang yang belajar agama sampai kelas khas ni. atuk dulu, kelas empat, mak atuk dah kahwinkan atuk. dah jadik bini orang! macam mana agaknya ye?"
Flashback stop.
itu tanda tanya nya. (?) bagaimana?
soalan : bagaimana nak sucikan bahagian yang sudah memegang manusia yang bukan muhrim. mampukah dibasuh dengan air?
saya yang mendengar pun terdiam. atuk hanya tersenyum. adoidoii... atukk,, tolonglah jangan senyum macam tu lagi. akak yang terseksa tengok sebab rasa bersalah. haihhh..
better stop now. mata dah ngantuk. salam :)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home