24 October 2011

sweet





SWEET. MANIS. 


Hidup ni, bagi aku manis. Sebab nya kalau kita rasa pahit pun sesuatu kenyataan tu, tapi bila lama-lama kita fikir balik, kita TETAP akan anggap ianya satu peristiwa yang sweet.


Bak kata Nadiah Najjib


"Walaupun kauorang tak ada apa-apa, tapi aku tetap rasa korang ni SWEEET."


Pehh, mula-mula dengar, berapi jek telinga ni. Tapi bila fikir-fikir balik, nak gelak pun ada. Betullah cakap Nady, Sweet.


Macam Areena cakap,


"Kau untung dapat kawan macam Zaqia Alwi. Kauorang macam sweet couple"


Masa tu aku reply , 'Waklu!' . Sebab rasa macam geli bila orang cakap macam tu. Haha. Tapi, bila fikir balik. Okaylah kan, sweet dari sour.


Sweet. Apa aku nak cerita sebenarnya. Tadi pergi KJ #nama glamour Kampung Jawa# , makan Soto terlaris di Segamat. Sambil makan tu, tiba nampak seorang perempuan tua dengan seorang budak kecil, *maybe cucu dia* cari tempat duduk. Almaklumlah, kedai tu memang kalau pagi-pagi kena berebut tempat duduk. Aku tengok jek lah kan, sebab cucu dia comel. Hehehe. Makcik tu nampak uzur sangat. Nak bagi tempat duduk aku, tak muat. Meja aku, meja kecik jeh sebab makan berdua dengan ayah. So, tiba-tiba adalah sorang lelaki yang baik hati serta berjiwa mulia bagi tempat duduk dia. Walhal dia baru duduk, belum order pun lagi. Dia dengan kawan dia, lengkap berpakaian seperti penoreh getah je gayanya. 


Muka, jangan cakaplah, macam nak gaduh jek. Tapi, terkejut jugak bila tengok dia berdua tu sanggup bagi Makcik uzur tu duduk walaupun diaorang tunggu lagi lama. Tiba-tiba ada lelaki tua pulak dah datang. Cium dahi makcik tadi. Ya Allah, dah tua-tua pun sweet lagi. Tersenyum aku tengok. Bukan aku seorang jek kot. Rasanya semua kat situ senyum tengok ke'sweet'an mereka. Alhamdulillah, masih ada lelaki romantik veteran kan?


Berbalik kepada cerita dua orang lelaki yang aku tersilap menduga tadi,


DON'T JUDGE A HUMAN BY THEIR LOOKING.

bak kata hlovate,

"Look is only deep skin. Dalam mau kira."

setuju?


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home