Hari yang bersejarah. CEWAHH ayat dia tak tahan! Tapi, benar. Ianya sememangnya hari yang bersejarah buat diri saya. Kenapa?
Saya telah menghadiri sebuah majlis ilmu di UiTM Johor, Segamat.
Syarahan Intelektual Siri ke 11 'Menghadapi Ujian'
by Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil bin Hj. Ibrahim
Ianya diadakan-->
-> 6 Ogos 2011 (sabtu)
-> 9.00 - 11.30 pagi
-> DK1 & DK2
-> Blok Karyawan
Awal-awal pagi dah bangun dah, gosok baju. *Excited nak jumpa buat kali terakhir. Cehh. Saya, ibu dan adik ke majlis tersebut bersama dua orang lagi guru SK Gemereh. Sampai je dekat depan pintu Utama UiTM Segamat, mulalah aku buat muka jakun. Alahaii, padahal UiTM tu dengan SUKSES, jalan kaki, tak sempat nak penat. Cuma aku je yang tak pernah berkesempatan nak berkunjung ke situ selalu.
Masuk ke dalam DK1, kami disambut oleh beberapa orang staf di situ. Alhamdulillah, beberapa minit lepas sampai di situ, kala itu, kami sedang beratur penceramah yang ditunggu sampai bersama ahli keluarga. Pertama kali woo jumpa face to face dengan Puan Roza. Fullamak. Debar hati time tu, lagi dahsyat dari aku jumpa mana-mana artis lah weh :)
Masuk dewan, dapat Yasiin. Cetakan Perdana Menteri Brunei . Ya Allah. Lagi excited aku dibuatnya, JAKUN!
Khusyuk membaca doa merupakan sesuatu yang jarang kita dapat. selalunya, kita akan berborak-borak takpun tertidur semasa imam membaca doa. tetapi, ketahuilah, dengan khusyuk, doa itu akan lebih ikhlas dan murni.
Perkara pertama yang Prof pamerkan di slide shownya, ialah berbentuk soalan. Sila jawab soalan ini tanpa mengetahui nama anda. Hanya jantina yang diperlukan.
1. Ujian paling besar pernah diterima?
2. Apakah ujian terbaru.
Simple as ABC right? But, aku tak boleh jawab. sebab, setakat ni mungkin pada aku ujian yang Allah bagi tidak membebankan aku sehingga tidak mampu menandinginya. Namun, tahu tak kamu bahawa tidur itu juga merupaka suatu ujian?
Kenapa?
Tidur. Sebagai contohlah,, bulan puasa ni. Kamu semua makan berbuka, lepas solat maghrib, terus tertidur melingkar macam ular sawa kekenyangan. Pehh. Tiba-tiba dengar azan Isya' masuk. Time tu sepatutnya memang kamu semua pergi ke surau. Tapi, disebabkan tidur, mata berat, kamu semua terus tak pergi surau, solat jemaah. LIHAT? Betapa gagalnya kita menghadapi ujian yang tidak kita sedari.
Fahamilah sebetul-betulnya. Sama-sama kita belajar. Pada pukul 11.30, majlis tamat. Kami semua keluar dan bersalaman dengan Puan Roza. Mukanya manis, tidak seperti yang dia selalu katakan di dalam bukunya, kononnya hitam, tidak lawa. tengok real, pehh. kalah!
Bergambar bersama Puan Roza selepas tamat Majlis.
muka aku nampak hitam macam keling kan ? 0.0''
my mum with Puan roza
my adik's friend, adik with sofia. *anak Puan Roza + Prof
well, it's all awesome. Semuanya ilmu yang bermanfaat. Mendalami dan menyedari setiap apa yang kita lakukan merupakan Ujian dari-Nya. Walaupun tidur, sukan, hiburan.
the UITM :)
Satu hari tu buat aku berfikir balik semula. Berapa banyak ujian yang telah aku tempuhi?